Labels

Jumat, 07 September 2012

Penemuan Sains Moden Membuktikan Al-Quran benar



Bukti yang pertama adalah berkaitan dengan alam iaitu sifat alam semesta yang berkembang(the expanding universe) . Allah berfirman dalam surah az-Zariyat ayat 47 : “Dan kami bangun dengan kekuasaan kami dan sesungguhnya kami benar-benar meluaskannnya…” Berhubung ayat ini as- Syeikh Said Hawa di dalam al Asas fit tafsir berkata “ Maksud ini adalah Allah menjadikan langit dalam keadaan terus-menerus mengembang Ia juga bermaksud langit diluaskan oleh Allah. Ayat ini adalah ayat mukjizat berhubung kejadian alam. Ini menunjukkan ilmu al-quran amat jauh ke hadapan,l melampau ruang masa dan zaman. Apabila manusia menolak al-quran kerana menyangka dirinya maju dengan pengetahuan sainsnya, eloklah dia menilai semula dirinya sebelum terlambat.

Pada hari ini, tokoh –tokoh sains menemui bukti-bukti sah yang menunjukkan alam semesta ini tidak statik, sebaliknya terus membesar dan mengembang. Pada tahun 1929, tokoh astronomi dari amerika Adwin Hubble denhan menggunkan teknologi canggih mendapati ala mini sebenarnya sedang mengembang. Beliau mendapati semakin jauh jarak sebuah galaksi dari bumi, semakin cepat proses pengembangannya. Penemuan ini juga disokong oleh Prof. Alex Filippenko dari University of California, Berkeley.

Bukti kedua adalah dengan asal usul kejadian alam. Dalam surah al-Anbiya ayat 30, Allah berfirman “ Apakah orang-orang kafir tidak melihat bahawa sesungguhnya langit dan bumi pada asalnya adalah satu yang melekat lagi bercantum, kemudian kami pisahkan kedua-duanya….Berhubung dengan ayat ini di dalam al-jamik li Ahkamil Quran , Imam Qartubi meriwayatkan “Ibn Abbas, al_hasan ‘Atha, ad-Dahhlak dan Qatadah berkata ‘ Ayat ini bermaksud kedua-dua langit dan bumi pada asalnya adalah satu yang melekat lagi bercantum , kemudian Allah pisahkan antara keduanya dan dijadikan diantara keduanya udara..’ Pandangan ini selari dengan selari dengan teori kejadian alam yang dipakai pada hari ini iaitu teori Big Bang. Mengikut teori ini , alam ini pada asalnya bercantum padu, kemudian berlaku satu letupan yang amat kuat (cosmic ecplosion) 10 hingga 20 billion tahun dahulu. Letupan ini menghasilkan proses pengembangan dan penyejukkan , disusuli dengan kelahiran bintang-bintang, galaksi dan cakerawala.
Pada tahun 1929, seorang tokoh astronomi dari Amerika Edwin Hubble menemui bukti-buktio kukuh yang menyokong teori Big Bang in. Penemuan ini diperkukuhkan lagi oleh pakar-pakar astrofizik dari amerika Arno Penzias dan Robert Wilson pada tahun 1965 selepas mereka mengukur tahap radiasi yang wujud di angkasa raya. Penemuan ini kemudiannya disahkan oleh pakar-pakar sains dengan menggunakan alat pengesan khas NASA yang bernama COBE spacecraft antara tahun 1989-1993. Kajian-kajian terkini dari makmal CERN yang terletak berhampiran dengan Geneva menguatkan lagi teori Big Bang. Fenomena ini telah diterangkan oleh Allah 1400 tahun yang lalu secara terperinci hanya hari ini manusia baru mengetahui dan memahaminya.

Bukti ketiga dari firman Allah surah al-Baqarah ayat 173 “ Sesungguhnya Allah mengharamkan kapadamu bangkai, darah yang mengalir dan daging babi.” Hilkmah daripada pengharaman ini adalah kerana babi merupakan binatang yang amat berbahaya. Dalam Journal of Virology 1997 , dilaporkan kajian yang dilakukan oleh 12 orang pakar sains yang dipimpin oleh Dr.Yoshihiro Kawaoka dari Universiti Wisconsin. Kajian mereka jelas menunjukkan pada kerongkong babi terdapat sel-sel tertentu yang mampu mengubah pelbagai kuman virus kepada bentuk-bentuk berbahaya kepada manusia. Pakar-pakar sains menganggap babi sebagi mixing vessel atau tempat ‘pelbagai kuman dikumpulkan untuk diubah kepada bentuk yang berbahaya’. Mengikut kajian ini juga virus binatang yang biasanya tidak menjangkiti manusia selepas memasuki sel-sel di dalam babi ianya mampu bertukar menjadi kuman yang amat berbaahaya kepada manusia. Pendapat ini diperkukuhkan lagi oleh Dr. Virgina Hinshaw dekan Graduate School University Wisconsin-Madison yang berkata, virus sentiasa berubah kepada bentuk lain dan babi adalah takungan yang mampu mengubah virus flu kepada bentuk lain itu. Perkara yang membimbangkan adalah sistem pertahanan manusia tidak mampu menangkis serangan virus-virus ini.



Kesimpulannya PERTAMA mereka pakar telah pun mengetahui dan mengesahkan kebenaran-kebenaran yang terdapat di dalam al-quran kalamullah. Ada juga diantara amat mengkagumi ayat-ayat al-quran kerana begitu saintifik dan al-quran sedia untuk dicabar dan dilakukan uji kaji terhadapanya. Hanya mereka yang berilmu dan jujur akan memahami kebenaran yang terdapat dalam al-quran oleh itu sebagai seorang musllim seharusnya berasa bangga dan takjub akan kehebatan al-quran yang merupakan mukjizat Nabi Muhammas saw. Prof. T.V.N Persaud pakar dalam bidang anatomi dan kesihatan dan menerima anugerah J.C.B Grant Award berkata,”Ia begitu tepat dengan penemuan semasa dan perkara ini tidak mungkin berlaku secara kebetulan . Saya tidak ada masalah untuk menyatakan ia pasti datang daripada TUHAN”.
Kesimpulan KEDUA adalah sains membantu kita lebih menyakini akan kewujudan tuhan yang MAHA ESA dan MAHA BIJAKSANA seterusnya menjawab persoalan apakah matlamat manusia dimuka bumi ini? akhirnya manusia tidak terpingga-pingga apakah yang perlu dilakukan di muka bumi ini. Ayuh umat islam kita bangkit dan teruskan perjuagan dalan medan dakwh tanggungjawab besar yang perlu dipikul oleh seluruh umat islam.

0 komentar:

Posting Komentar